Cari:
Tentera Pakistan Tumpaskan 910 Pemberontak
2014-09-04 11:54:05 CRI Cetak

Tentera Pakistan semalam mengumumkan mereka telah menembak mati 910 orang pemberontak dalam satu operasi penumpasan di kawasan barat laut negara itu.

Menurut tentera Pakistan, operasi tersebut berjalan lancar. Pangkalan utama pemberontak di kawasan barat laut telah dimusnahkan, 910 orang pemberontak ditembak mati, 27 buah kilang pemprosesan bahan letupan dan sebuah lagi kilang pemprosesan peluru roket juga dimusnahkan. Dalam pada itu itu, 82 orang askar Pakistan terkorban dalam operasi berkenaan, manakala 269 orang askar lagi cedera.

Kerajaan Pakistan dan kumpulan Taliban pernah mewujudkan gencatan senjata sementara pada bulan Mac lalu untuk mengadakan rundingan damai, tetapi gagal. Bermula 15 Jun lalu, tentera Pakistan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap pemberontak dalam dan luar negara yang bersembunyi di kawasan barat laut negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China