Cari:
EU Luluskan Sekatan Baharu Terhadap Rusia
2014-09-04 13:05:58 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah semalam mengumumkan pihaknya telah meluluskan rancangan sekatan baharu terhadap Rusia, kandungan melibatkan pasaran modal, hal ehwal pencegahan, produk penggunaan tentera dan awam serta teknologi yang sensitif.

Pengumuman itu tidak mendedahkan fasal-fasal yang konkrit dalam rancangan itu. Menurut pengumuman itu, rancangan tersebut adalah tambahan terhadap sekatan Kesatuan Eropah(EU) terhadap Rusia yang diumumkan pada penghujung bulan Julai. Anggota EU akan membincangkan dan menilai kandungan rancangan itu. Selepas diluluskan oleh para anggota EU, EU akan mengumumkan kandungan rancangan itu.

Sekatan EU yang diumumkan pada bulan Julai lalu melibatkan sektor kewangan, ketenteraan dan minyak. Pada 7 Ogos lalu, Rusia mengumumkan menghentikan pengimportan daging, produk susu, buah-buahan dan sayur-sayuran dari beberapa negara barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China