Cari:
Perjanjian Gencatan Senjata Ukraine Bakal Dilaksanakan
2014-09-06 15:49:14 CRI Cetak

Kumpulan perhubungan tiga pihak isu Ukraine termasuk Ukraine, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan Rusia telah menandatangani MOU gencatan senjata dengan wakil kumpulan bersenjata kalangan rakyat timur Ukraine di Minsk, ibu kota Belarussia semalam.

Presiden Ukraine, Peter Poroshenko telah memberi arahan kepada Ketua Urus Agung angkatan tentera Ukraine untuk menghentikan pertempuran di kawasan timur negara itu bermula pukul enam malam semalam.

Sementara itu, bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma pula menyatakan bahawa kedua-dua pihak yang berkonflik di Ukraine akan menubuhkan sebuah kumpulan kerja menjelang 8 September nanti untuk menyelesaikan dan melaksanakan isu-isu mengenai perjanjian gencatan senjata tersebut.

PBB, Rusia dan NATO telah menyatakan alu-aluan terhadap perjanjian gentacan senjata tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China