Cari:
Mesyuarat Seattle Forum Asia Boao Berakhir
2014-09-07 15:43:17 CRI Cetak

Mesyuarat Seattle Forum Asia Boao yang berlangsung selama dua hari telah berakhir semalam waktu tempatan. Para peserta telah mencapai konsensus dalam menghadapi perubahan iklim, membangunkan sumber tenaga bersih dan menggalakkan gaya hidup mesra alam yang hijau.

Mesyuarat kali ini berfokus kepada tiga topik utama yang meliputi penjalinan semula hubungan kerjasama Trans-Pacifik, kerjasama dalam bidang inovasi, pembangunan dan penyelidikan teknologi serta dialog peringkat datuk bandar China-A.S..

Anggota Dewan Perwakilan A.S. dan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dalam mesyuarat itu menunjukkan bahawa Asia dan A.S. mempunyai potensi kerjasama yang besar selain bidang ekonomi dan perdagangan. Sebagai dua negara pelepasan gas rumah hijau terbesar di dunia, China dan A.S. perlu meningkatkan kerjasama untuk menghadapi perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China