Cari:
Wang Yi: China Sokong Perjanjian Gencatan Senjata yang Bersesuaian Kepentingan Rakyat Ukraine
2014-09-07 15:53:27 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan alu-aluan dan sokongan terhadap perjanjian gencatan senjata yang dicapai oleh kerajaan Ukraine dengan pemberontak di kawasan timur negara itu.

Ketika menyebut hal tersebut dan hubungan Ukraine dengan Rusia di Auckland kelmarin, Wang Yi menyatakan bahawa China berharap gencatan senjata itu dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, dan ini bersesuaian dengan kepentingan rakyat Ukraine.

Beliau menambah bahawa isu Ukraine amat rumit dan sensitif, maka memerlukan pelbagai pihak yang terlibat mengadakan dialog untuk mencari kaedah penyelesaian yang bersesuaian dengan kepentingan pelbagai etnik dan kawasan negara itu. Serentak itu, masalah antara Ukraine dengan negara jiran terutamanya dengan Rusia juga perlu diselesaikan secara politik.

Wang Yi menyatakan bahawa China merupakan rakan strategik Rusia, serentak itu juga adalah kawan yang baik Ukraine. China dengan ikhlas berharap hubungan Ukraine dan Rusia dapat semakin pulih seperti biasa. Setelah isu Ukraine timbul, China pernah mengemukakan banyak cadangan yang positif dan bersifat membina, khususnya menyeru pelbagai pihak mengadakan dialog dan rundingan untuk mencari penyelesaian secara politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China