Cari:
China, EU Bantu Atasi Wabak Ebola
2014-09-09 15:39:17 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa mengambil pelbagai langkah untuk membantu Afrika Barat mengekang wabak Ebola daripada terus menular di benua itu.

Pegawai dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Yu menyatakan, China akan menyumbangkan sebuah makmal bergerak kepada Hospital Persahabatan Sierra Leone-China dalam masa terdekat, sekali gus membangunkan satu pusat kuarantin dan pencegahan kes Ebola di hospital itu. Selain itu, kedua-dua negara juga akan bekerjasama untuk menubuhkan satu makmal keselamatan biologi dalam masa beberapa bulan akan datang.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan, pihaknya akan menghulurkan bantuan berjumlah lima juta euro kepada panel pembanterasan Ebola yang ditubuhkan oleh Kesatuan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China