Cari:
40 Negara Terlibat dalam Serangan Udara terhadap ISIL
2014-09-09 15:52:11 CRI Cetak

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki semalam menyatakan, lebih 40 buah negara bersedia untuk melibatkan diri dalam isu Iraq dengan cara yang berbeza termasuk menghulurkan bantuan berupa wang tunai, menghantar tentera di kawasan konflik dan sebagainya.

Jen dalam sidang media berkata, AS akan mengekalkan komunikasi dengan kesemua negara tersebut untuk menyelaraskan tindakan membentuk satu sekutu antarabangsa bagi membanteras kegiatan kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Dimaklumkan, kira-kira 20 negara telah mengemukakan pelan tindakan mereka untuk membanteras kumpulan pelampau itu.

Menurut sumber Pusat Ketumbukan Angkatan Tentera AS, pihaknya telah melancarkan lima serangan udara terhadap kawasan berhampiran Empangan Haditha di Iraq sejak dua hari lalu. Setakat ini, tentera udara AS melancarkan 148 kali serangan terhadap sasaran ISIL.

Jen juga menambah, Setiausaha Negara John Kerry akan melawat ke Jordan dan Arab Saudi bermula hari ini untuk menemui pemimpin rantau berkenaan bagi membincangkan isu pembentukan sekutu antarabangsa dan menyalurkan bantuan kepada kumpulan pemberontak Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China