Cari:
AS Bincang Strategi Banteras IS
2014-09-10 13:08:00 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menemui pemimpin Parti Republikan dan Parti Demokrat di Rumah Putih semalam untuk memaklumkan strategi bagi membanteras kumpulan Negara Islam (IS).

Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu, Obama mendakwa bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap IS jika perlu. Ini bererti tindakan selanjutnya boleh dilakukan tanpa mandat Kongres. Selain itu, Obama juga mengalu-alukan Kongres mengemukakan cadangan yang wajar bagi pelan tindakan itu.

Dimaklumkan, Obama merancang membongkar strategi berkenaan menerusi siaran TV malam esok sempena peringatan ulang tahun ke-13 serangan "11 September".

Satu tinjauan pendapat menunjukkan, lebih 2/3 warga AS yakin IS adalah ancaman bagi negara itu dan menyokong kerajaan bertindak membanteras rejim itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China