Cari:
AS, EU Rancang Buru IS
2014-09-11 12:00:53 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara dari Kesatuan Eropah (EU) bersedia memperluas kempen serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) yang dianggap menjadi ancaman besar bagi situasi keselamatan di Asia Barat.

Presiden AS, Barack Obama dalam ucapan malam tadi mendakwa, pihaknya merancang melancarkan serangan udara yang sistematik ke atas IS.

Pada hari yang sama, Setiausaha Negara John Kerry tiba di Baghdad, Iraq untuk membincangkan strategi memerangi IS dengan pemimpin baharu negara itu. Beliau berkata, AS bersedia membina satu sekutu yang melibatkan beberapa negara untuk membanteras IS.

Dalam pada itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius menyatakan bahawa negaranya sedia mengambil bahagian dalam kempen serangan udara berkenaan di Iraq.

Selain itu, Menteri Pertahanan Itali, Roberta Pinotti merayu kepada agensi risikan negara-negara EU supaya meningkatkan kerjasama bagi menghadapi ancaman IS.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China