Cari:
UK Harap Scotland Kekal Bersama
2014-09-11 15:38:43 CRI Cetak

Satu referendum bagi menentukan masa depan Scotland sama ada kekal bersama United Kingdom (UK) atau keluar dan merdeka sebagai sebuah negara lain bakal diadakan pada 18 September nanti. Perdana Menteri, David Cameron serta bekas PM, ‎John Major dan Gordon Brown menyeru Scotland supaya jangan keluar daripada UK.

David Cameron berkata, Scotland akan diberikan kuasa autonomi yang lebih besar berkaitan cukai, perbelanjaan awam dan kebajikan jika penduduk berkenaan menolak kemerdekaan pada referendum tersebut.

Sementara itu, ‎John Major menyatakan bahawa kemerdekaan Scotland bakal membawa kerugian yang besar kepada semua pihak. Jika hal itu terjadi, kedudukan UK dalam pertubuhan antarabangsa akan jatuh merudum, manakala hak bersuara Scotland di Kesatuan Eropah (EU) pula berhadapan unsur-unsur yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Gordon Brown juga menyuarakan sokongan terhadap penyatuan Scotland bersama UK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China