Cari:
Syria Kecam Strategi Antikeganasan AS
2014-09-12 11:45:26 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara-negara Asia Barat untuk membincangkan isu penubuhan satu pakatan bagi membantu AS memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.

Pertemuan yang disifatkan Kerry sebagai sangat penting itu dihadiri oleh lima negara anggota Majlis Kerjasama Teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emeriah Arab Bersatu, di samping Mesir, Iraq, Jordan, Lebanon dan Turki.

Dalam pada itu, Presiden Barack Obama dalam ucapan yang disiarkan di stesen televisyen negara itu berkata, pihaknya akan terus memusnahkan IS sepenuhnya menerusi satu strategi antikeganasan yang komprehensif dan tegas, termasuk memperluas kempen serangan udara berkenaan.

Memandangkan strategi antikeganasan baharu AS itu, menteri Syria bagi urusan perdamaian kebangsaan, Ali Haidar membalas, negara-negara lain boleh menyerang Syria dengan alasan menghancurkan IS. Beliau menekankan, kalau tiada kebenaran kerajaan Syria, sebarang bentuk operasi akan dianggap sebagai tindakan pencerobohan terhadap negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China