Cari:
PBB Puji Usaha Dunia Atasi Ebola
2014-09-13 14:41:44 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengalu-alukan usaha kerajaan Cuba menghantar 165 jururawat ke Sierra Leone untuk membantu negara itu mengatasi wabak Ebola.

Beliau dalam kenyataan merayu kepada negara-negara berkenaan supaya jangan menutup sempadan dengan Guinea, Liberia dan Sierra Leone berikutan wabak Ebola yang merebak di ketiga-tiga negara itu. Syarikat penerbangan dan syarikat pengangkutan laut diharap supaya terus mengendalikan laluan berkenaan. Ban mengingatkan jangan memulaukan negara-negara di Afrika Barat tersebut, kerana ia akan mengganggu usaha mengatasi virus Ebola.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan China mengumumkan, bantuan kemanusiaan baharu yang bernilai RMB 200 juta yuan akan disumbangkan kepada negara-negara Afrika.

Selain itu, Amerika Syarikat dan Britain juga akan menghantar pakar perubatan ke Afrika Barat dan menubuhkan pusat rawatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China