Cari:
UNSC Kecam IS Bunuh Tebusan Britain
2014-09-15 12:00:15 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan kenyataan yang mengutuk keras perbuatan kumpulan pelampau Negara Islam (IS) membunuh pegawai kemanusiaan Britain, David Haines dan menegaskan IS mesti dihapuskan, manakala pembunuh berkenaan dihukum.

Menurut kenyataan itu, kegiatan ganas IS itu mendorong anggota Majlis Keselamatan PBB bekerjasama untuk memerangi individu dan pertubuhan yang berkaitan dengan kumpulan al-Qaeda, termasuk IS dan Barisan Penyokong.

IS menyiarkan rakaman video dalam internet kelmarin mengenai pembunuhan David Haines yang ditahan di Syria. Menurut IS, tindakan ini merupakan tindakan balas terhadap kerajaan Britain yang berikrar akan membantu AS memerangi IS. Sebelum itu, IS pernah menyiarkan rakaman video mengenai pembunuhan dua wartawan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China