Cari:
EU Luluskan Perjanjian Negara Perhubungan
2014-09-17 12:00:12 CRI Cetak

Sidang pleno Parlimen Eropah semalam meluluskan Perjanjian Negara Perhubungan Kesatuan Eropah (EU)-Ukraine yang membuka laluan kepada Ukraine untuk menganggotai EU.

Menurut perjanjian itu, dalam bidang politik, Ukraine perlu melaksanakan beberapa pembaharuan dan usaha untuk memenuhi syarat menganggotai EU. Dalam bidang pertukaran lawatan rakyat, kedua-dua pihak akan mewujudkan mekanisme bagi menggalakkan peralihan tenaga kerja, dan mengecualikan visa. Dalam bidang perdagangan bebas, kedua-dua pihak akan memansuhkan tarif import dan sekatan perdagangan.

Selepas diluluskan oleh parlimen kedua-dua pihak, perjanjian itu akan dilaksanakan secara tidak rasmi untuk sementara waktu. Parlimen Eropah akan menetapkan tarikh perjanjian itu berkuat kuasa selepas diluluskan oleh 28 negara anggota EU. Prosedur ini mungkin mengambil masa beberapa tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China