Cari:
Iraq: Tak Perlu Bantuan Pasukan Tentera Darat
2014-09-18 12:10:53 CRI Cetak

Iraq tidak memerlukan pasukan tentera darat negara lain untuk membantu operasi memerangi kumpulan militan Negara Isram (IS). Demikian nyata Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi semalam.

Beliau menyatakan bahawa serangan udara yang dilancarkan oleh tentera udara A.S. telah membantu usaha memerangi IS, namun Iraq tidak memerlukan dan tidak mengizinkan tentera darat negara lain memasuki wilayah Iraq walaupun untuk memerangi kumpulan pelampau.

Kenyataan Haidar al-Abadi tersebut dianggap respons terhadap kenyataan Pengerusi Ketua-Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat (AS), Jeneral Martin Dempsey tentang A.S. akan menghantar tentera untuk melancarkan serangan darat ke atas IS.

Pada hari yang sama, Presiden A.S. Barack Obama ketika melawat ibu pejabat komander pusat tentera A.S. sekali lagi berjanji bahawa tentera A.S. tidak akan menyertai serangan darat terhadap IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China