Cari:
Masyarakat India Sanjung Tinggi Syarahan Presiden Xi Jinping
2014-09-19 12:42:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan syarahan yang bertajuk "Bersama-sama mengejar impian kebangkitan semula bangsa" di New Delhi atas undangan Suruhanjaya Hal-Ehwal Dunia India semalam. Beliau menegaskan China dan India perlu berkembang menjadi rakan membangun yang mempunyai hubungan yang lebih erat dan rakan kerjasama yang menerajui pembangunan dan rakan sejagat yang mempunyai hubungan kerjasama strategik.

Tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat India menganggap bahawa syarahan Presiden Xi yang merangkumi pelbagai bidang itu akan banyak meningkatkan persefahaman dan interaksi antara kedua-dua negara dan rakyat masing-masing, ia amat bermakna terhadap perkembangan hubungan bilateral pada masa depan.

Ketua Editor majalah internet THS Global Insight India, Chand menyatakan bahawa Presiden Xi membentangkan hubungan kedua-dua negara dalam pandangan Asia bahkan dunia, syarahan itu telah menetapkan hala tuju perkembangan hubungan India-China pada masa depan.

Mantan Setiausaha Kementerian Luar India, Carcas menganggap bahawa Presiden Xi dalam syarahannya telah mengemukakan banyak anjuran yang baik bagi mempererat kerjasama dan pertukaran lawatan antara rakyat kedua-dua negara.

Pakar daripada Suruhanjaya Hal-Ehwal Dunia India, Misra menyatakan Presiden Xi telah membentangkan hubungan bilateral pada masa lalu dan masa depan dengan menyeluruh. Berdepan situasi dunia yang sering berubah, hubungan India dan China semakin penting dan akan mewujudkan situasi menang-menang dalam kerjasama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China