Cari:
Memoradum Gencatan Senjata Menyeluruh di Ukraine
2014-09-21 14:08:41 CRI Cetak

Kumpulan koordinasi tiga pihak mengenai isu Ukraine, iaitu Ukraine, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan Rusia mengadakan rundingan dengan perwakilan kumpulan militan di kawasan timur Ukraine di Minks, ibu negara Belarus petang kelmarin. Rusia dan OSCE menyaksikan kerajaan Ukraine dan kumpulan militan menandatangani memoradum yang mengandungi sembilan perkara, antaranya gencatan senjata secara menyeluruh dan menetapkan kawasan keselamatan 30 kilometer.

Menurut wakil kerajaan Ukraine yang juga mantan Presiden negara itu, Leonid Kuchma, memoradum itu akan dikuatkuasakan mulai hari itu. Namun, kedudukan kawasan timur Ukraine tidak terlibat dalam memoradum itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China