Cari:
Sukan Asia: China Raih 26 Pingat Emas
2014-09-23 16:32:18 CRI Cetak

Kontinjen China meraih 14 pingat emas pada hari ketiga Sukan Asia ke-17 di Incheon pada 22 September lalu, sekali gus menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat dengan 26 pingat emas. Republik Korea (RoK) dan Jepun masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Dalam pertandingan akhir acara badminton berkumpulan wanita, pasukan China memenangi pingat emas selepas mengalahkan tuan rumah RoK dengan 3:0. Ini kali kelima pasukan badminton perempuan China menjadi juara acara itu secara berturut-turut dalam Sukan Asia.

Dalam pertandingan separuh akhir badminton berkumpulan lelaki, pasukan China mara ke pertandingan akhir selepas menewaskan Malaysia, dan akan merebut gelaran juara dengan pasukan RoK pada 23 September.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China