Cari:
UNSC Lulus Resolusi Kekang Kegiatan Pengganas Asing
2014-09-25 16:15:46 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dalam mesyuarat khas semalam, dengan sebulat suara meluluskan resolusi yang menuntut pelbagai negara melaksanakan tindakan termasuk kawalan sempadan, perkongsian maklumat dan penggubalan undang-undang untuk mengekang pergerakan dan kegiatan pengganas asing.

UNSC dalam resolusi itu menegaskan perlunya menghapuskan segera ancaman berikutan tindakan kumpulan pengganas termasuk militan Negara Islam (IS) dan Barisan Al-Nousra merekrut pengganas asing menyertai serangan kumpulan pelampau. UNSC turut menggesa semua pengganas asing meletakkan senjata, dan menghentikan semua tindakan keganasan termasuk menyertai konflik bersenjata.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang mengalu-alukan kelulusan resolusi itu, menegaskan bahawa sebarang tindakan dan dasar antikeganasan perlu bersesuaian dengan undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa serta Piagam PBB.

Menteri Luar China, Wang Yi yang turut hadir menyatakan bahawa China menyokong resolusi UNSC itu. Beliau menegaskan, China menentang sebarang bentuk keganasan, dan akan terus menyertai kerjasama antarabangsa untuk membanteras keganasan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China