Cari:
China, India Tangani Isu Sempadan dengan Baik
2014-09-26 12:26:19 CRI Cetak

China dan India mempunyai saluran komunikasi yang berkesan untuk menangani situasi di kawasan sempadan dengan baik.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Geng Yansheng menyatakan demikian dalam sidang media semalam ketika diminta mengulas tentang isu sempadan antara China dan India.

Geng berkata, lawatan Presiden China Xi Jinping ke India baru-baru ini amat berjaya. Dalam tempoh lawatan itu, kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama bahawa keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan merupakan jaminan penting bagi perkembangan hubungan China-India. Kedua-dua pihak bersetuju bersama-sama memelihara keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan sebelum isu berkenaan diselesaikan.

Tambah beliau, kedua-dua pihak sudah menubuhkan saluran komunikasi yang lancar untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China