Cari:
Pemimpin Dunia Bincang Langkah Tangani Ebola
2014-09-26 11:44:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perwakilan dari negara-negara yang dilanda wabak Ebola, PBB dan pelbagai pertubuhan antarabangsa menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Ebola di ibu pejabat PBB di New York semalam, untuk membincangkan langkah-langkah bagi memerangi wabak tersebut.

Presiden Guinea, Alpha Conde dalam ucapannya berkata, usaha menangani Ebola memerlukan kerjasama semua pihak. Beliau mengalu-alukan resolusi berkaitan Ebola yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB, sambil menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan termasuk meningkatkan kemampuan doktor dan jururawat, serta memberi sokong kewangan dan logistik.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, PBB telah menghantar satu misi khas ke Ghana dan tiga negara yang paling teruk dilanda Ebola untuk membantu mencegah penularan wabak itu di kawasan berkenaan.   

Dalam pada itu, Bank Dunia (WB) semalam mengumumkan akan meningkatkan bantuan modal terhadap Guinea, Liberia dan Sierra Leone kepada USD 400 juta daripada USD 230 juta yang dijanjikan sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China