Cari:
Pusingan ke-7 Rundingan Nuklear Iran Berakhir
2014-09-27 15:03:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan pusingan ke-7 berhubung perjanjian komprehensif mengenai program nuklear Iran antara Iran dengan enam kuasa dunia, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman serta Kesatuan Eropah (EU), berakhir di New York semalam.

Ketua perunding delegasi China, Wang Min berkata, dalam rundingan pusingan ini, semua pihak menunjukkan hasrat untuk mencapai perjanjian komprehensif itu secepat mungkin. Para peserta membincangkan isu-isu utama termasuk pengayaan uranium, dengan sikap membina. Mereka dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan rundingan pusingan seterusnya secepat mungkin.

Beliau menggesa semua pihak terlibat memfokuskan isu-isu utama, dan menggunakan pemikiran kreatif demi mencapai penyelesaian yang menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China