Cari:
IS Rancang Serang Metro AS, Perancis
2014-09-26 15:04:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi semalam memberi amaran kumpulan militan Negara Islam (IS) sedang merancang untuk menyerang sistem kereta api bawah tanah AS dan Perancis.

Abadi yang berada di New York untuk menghadiri mesyuarat tahunan Perhimpunan Agung PBB memberitahu pemberita bahawa beliau menerima risikan yang tepat dari pihak Iraq. Sebahagian anggota militan berasal dari AS dan Perancis.

Kedua-dua negara itu dilaporkan sudah mengetatkan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China