Cari:
Lebih 140 Orang Maut dalam Konflik Bersenjata Iraq
2014-09-29 13:02:57 CRI Cetak

Pihak tentera Iraq memaklumkan semalam bahawa konflik antara tentera kerajaan Iraq dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengakibatkan lebih 140 orang maut.

Pihak tentera di provinsi Anbar, barat Iraq mendedahkan bahawa pasukan keselamatan Iraq bekerjasama dengan pasukan tentera udara dan puak militan tempatan telah mengalahkan serangan IS terhadap pekan Fallujah yang berjarak 40 kilometer dari barat Baghdad pagi semalam, menembak mati 16 orang pelampau IS, manakala enam orang askar pasukan keselamatan Iraq terkorban.

Pada hari yang sama, pasukan keselamatan Iraq bersama-sama dengan puak militan tempatan telah melancarkan serangan terhadap kumpulan pelampau tersebut di tempat berjarak 110 kilometer dari barat Baghdad dan menawan semula empat kampung dan dua buah depot senjata.

Presiden AS Barack Obama mengakui semalam bahawa agensi perisik AS memandang rendah kebangkitan IS, namun menilai terlalu tinggi kemampuan tentera Iraq. Obama menegaskan bahawa konflik antara Iraq dengan Syria perlu diselesaikan melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China