Cari:
Pelaksanaan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai Selama 60 Tahun
2014-10-02 11:04:37 CRI Cetak

Pada Disember 1953, Mantan Perdana Menteri China, Mendiang Zhou Enlai ketika bertemu dengan delegasi India di Beijing, mengemukakan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai bagi menguruskan hubungan dengan pelbagai negara Asia yang baru merdeka. Lima prinsip tersebut, iaitu hormat-menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah;tidak ceroboh-mencerobohi;tidak mencampur tangan dalam hal ehwal satu sama lain;sama rata dan saling menguntungkan;hidup bersama secara aman dan damai, menggambarkan ciri khas hubungan antara negara jenis baharu.

Pada April 1954, dokumen yang ditandatangani oleh China dan India menetapkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai sebagai panduan hubungan bilateral antara kedua-dua negara. Pada bulan Jun tahun yang sama, dalam tempoh rehat Persidangan Geneva, Mantan Perdana Menteri Zhou Enlai diundang melawat ke India dan Myanmar. Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai turut disebut dalam kenyataan bersama kedua-dua negara tersebut.

Sempena rundingan isu Indo-China memasuki masa penting, Lima Prinsip Hidap Bersama Secara Damai menjadi tumpuan perhatian antarabangsa. Selepas Persidangan Geneva, Mantan Pengerusi China Mao Zedong juga pernah beberapa kali menyentuh tentang Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai dalam pertemuan dengan pemimpin dari Britain, India dan Myanmar dan mencadangkan supaya lima prinsip tersebut dijadikan panduan untuk menguruskan hubungan antara semua negara.

Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai bermakna strategik yang penting. Ia merupakan senjata kuat bagi Republik Rakyat China yang baru ditubuhkan untuk memainkan peranan dalam arena antarabangsa, menggagalkan dasar AS untuk mengasingkan dan membendung negara ini, serta meningkatkan pertukaran luar. Lima prinsip tersebut bukan sahaja melibatkan prinsip untuk menguruskan hubungan politik antara pelbagai negara, tetapi juga pengurusan hubungan ekonomi. Keistimewaan inilah yang membolehkannya bertahan sekian lama. Setelah dilaskanakan lebih 60 tahun, Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai bukan sahaja telah menjadi asas bagi dasar luar China, tetapi juga telah diterima secara luas oleh masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China