Cari:
Sokongan Britain terhadap Afghanistan Dikekalkan
2014-10-04 15:02:58 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ membuat satu lawatan mengejut ke Afghanistan semalam dan komited terus menyokong pemerintahan baharu negara itu serta kerajaan campuran berkenaan.

Selepas menemui Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani Ahmadzai, David Cameron‎ dalam sidang media memaklumkan, pasukan Britain bakal berundur dari Afghanistan menjelang penghujung tahun ini dan anggota ketenteraan yang tinggal di negara berkenaan hanya bertugas menawarkan program latihan kepada polis tentera Afghanistan.

Cameron menambah, pihaknya akan menghulurkan bantuan bernilai 178 juta paun kepada Afghanistan setiap tahun sebelum tahun 2017 bagi membantu negara tersebut dalam pembangunan sektor perubatan dan pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China