Cari:
Pertemuan DPRK, RoK Diterima Baik
2014-10-05 14:35:10 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam melalui jurucakapnya mengeluarkan kenyataan untuk menyambut baik pertemuan peringkat tinggi antara delegasi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan pegawai Republik Korea (RoK).

Menurut kenyataan itu, DPRK dan RoK melancarkan dialog politik peringkat tinggi sempena tertutupnya Sukan Asia Incheon semalam. Kedua-dua negara itu bersetuju mengadakan perundingan peringkat tinggi selatan-utara kedua. Ban Ki-moon menyifatkan hasil berkenaan sebagai memang memberangsangkan. Beliau berharap agar pihak-pihak terbabit dapat terus berusaha untuk mencipta suasana yang positif bagi mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Berdasarkan sumber Kementerian Penyatuan RoK, delegasi DPRK yang menghadiri upacara penutupan Sukan Asia berkenaan melakukan rundingan dengan pegawai-pegawai RoK sehingga mencapai persetujuan tentang isu merasmikan rundingan kedua dari penghujung bulan ini hingga awal bulan depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China