Cari:
Daging Lembu Panggang Kaorouwan
2014-10-08 12:16:58 CRI Cetak

Antara restoran daging panggang di Beijing, Kaorouwan yang ditubuhkan pada tahun 1686 bersejarah paling lama, iaitu lebih 320 tahun. Pada zaman dahulu, daging kambing panggang Keluarga Ji dan daging lembu panggang Keluarga Wan amat digemari penduduk tempatan.

Restoran Kaorouwan terletak di Jalan Xuanwumennei, daerah Xicheng Beijing. Sejarah restoran ini bermula dengan seorang penganut Islam bernama keluarga Wan yang menjaja daging lembu dan kambing di sekitar Xuanwumen. Pewarisnya kemudian memasang barbeku pada trolinya dan mula menjual daging panggang. Pewaris yang seterusnya barulah membeli kedai dan membuka restoran daging panggang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China