Cari:
10+3 Tandatangani Perjanjian AMRO
2014-10-12 14:14:13 CRI Cetak
Bernama Malaysia melaporkan, Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain serta China, Jepun dan Korea Selatan, memeterai perjanjian Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) pada mesyuarat tahunan kumpulan IMF/World Bank di Washington.

Menteri-menteri kewangan ASEAN+3 dan gabenor bank pusat mencapai persetujuan berhubung draf perjanjian itu untuk menginstitusikan AMRO sebagai organisasi antarabangsa pada mesyuarat ke-17 pada Mei tahun lepas.

AMRO ditubuhkan di Singapura pada April 2011 oleh negara-negara Asean+3 sebagai unit pemantauan serantau bebas untuk memantau dan menganalisis ekonomi serantau dan menyokong proses membuat keputusan Inisiatif Multilateralisasi Chiang Mai (CMIM).

CMIM merupakan pengaturan swap mata wang pelbagai hala dalam kalangan anggota ASEAN+3, yang berkuatkuasa pada 24 Mac, 2010, dibangunkan daripada rangkaian swap dua hala CMI.

Matlamat teras inisiatif itu adalah menangani masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek di rantau ASEAN+3 dan sebagai tambahan kepada pengaturan kewangan antarabangsa sedia ada, dengan jumlah saiz sokongan kewangan sebanyak USD240 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China