Cari:
DPRK Kutuk RoK Jejaskan Rundingan Peringkat Tinggi Pusingan Kedua
2014-10-12 16:02:38 CRI Cetak

Agensi Pusat Berita Korea(KCNA) Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam menerbitkan rencana pengarang yang mengutuk pihak Republik Korea (RoK) membiarkan pertubuhan kalangan rakyatnya menyebarkan risalah anti-kerajaan DPRK dan menyifatkan tindakan itu sebagai gangguan kepada rundingan peringkat tinggi pusingan kedua yang telah dijadualkan kedua-dua pihak.

Menurut DPRK, pihaknya sama sekali tidak boleh menerima provokasi politik seumpama ini. Kejadian ini membuktikan tindakan penyebaran risalah akan mencetuskan konflik ketenteraan. Perkembangan hubungan bilateral bergantung kepada sikap kerajaan RoK.

Pihak tentera RoK memaklumkan kelmarin bahawa tentera DPRK menembak belon yang membawa risalah yang disebarkan oleh sebuah pertubuhan kalangan rakyat RoK. Beberapa butir peluru jatuh ke wilayah RoK. Pihak tentera RoK pula bertindak balas dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China