Cari:
Skim Penyelesaian Isu Nuklear Iran Dibincangkan
2014-10-15 15:42:12 CRI Cetak

Iran berserta pelbagai pihak sedang mengkaji beberapa rancangan yang boleh dilaksanakan mengenai penyelesaian isu nuklear negara itu.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Iran, Javad Zarif selepas menemui wakil kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Catherine Ashton di Vienna semalam.

Zarif berkata, pihak itu sedang mengkaji kebolehlaksanaan menyelesaikan isu nuklear berkenaan dengan aspirasi politik yang kuat.

Setiausaha Negara AS, John Kerry dilaporkan tiba di Vienna hari ini untuk menghadiri rundingan tiga pihak, iaitu AS, EU dan Iran demi mendorong proses rundingan berkenaan.

Di samping itu, enam negara termasuk AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman akan merasmikan satu mesyuarat di Vienna untuk mengecilkan percanggahan pendapat dan mendorong rundingan itu mencapai hasil sebelum tarikh akhir pada 24 November.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China