Cari:
AS, Iran, EU Berunding Berhubung Isu Nuklear Iran
2014-10-16 16:49:01 CRI Cetak

Rundingan tiga pihak yang melibatkan Setiausaha Negara AS, John Kerry, Menteri Luar Iran, Javad Zarif dan Wakil Kanan Kesatuan Eropah bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Catherine Ashton diadakan di Vienna, Austria semalam untuk mendorong proses rundingan mengenai perjanjian menyeluruh isu nuklear Iran.

Menurut Javad Zarif, percanggahan pendapat masih wujud antara Iran dengan AS. Kedua-dua pihak tidak mampu menawarkan pelan penyelesaian yang serius lagi kreatif. Oleh itu, isu nuklear Iran dijangka mengambil masa yang lebih lama.

Namun, AS tidak mahu melihat rundingan tentang isu berkenaan ditangguhkan tanpa batas waktu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China