Cari:
Sidang Pemimpin EU-ASEAN di Milan
2014-10-17 16:13:10 CRI Cetak

Sidang Pemimpin Kesatuan Eropah (EU)-ASEAN dirasmikan di Milan, Itali semalam. Ini merupakan sidang kali pertama sejak Kod Nuremberg mengenai pengukuhan hubungan rakan satu sama lain yang diluluskan pada tahun 2007.

Pengerusi Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dalam ucapannya berkata, EU dan ASEAN mewakili kejayaan proses integrasi rantau yang dibentuk berdasarkan negara berdaulat. Kedua-dua pihak itu boleh saling mempelajari dalam melaksanakan integrasi. Kerjasama pelbagai bidang termasuk kesalinghubungan penerbangan dan pencegahan jenayah transnasional boleh dipergiatkan.

Menurut beliau, EU menyambut baik peningkatan hubungan rakan strategik dengan ASEAN, sekali gus berharap dapat diberi peluang yang lebih banyak untuk menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China