Cari:
ASEM Ke-10 Berakhir
2014-10-18 15:31:57 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-10 yang bertujuan untuk mengintensifkan kesalinghubungan dan kerjasama kewangan antara kedua-dua benua ini ditutup di Milan, Itali semalam.

Pengerusi Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dalam sidang media selepas ASEM ke-10 berakhir.

Pengerusi Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dalam upacara penutupan berkata, semua hadirin mempersetujui pemansuhan amalan perlindungan perdagangan dari segi multilateral dan penyelesaian sekatan perdagangan termasuk halangan bukan tarif.

Beliau berkata, Kesatuan Eropah akan terus mempergiatkan perdagangan bebas di bawah perjanjian dua hala dan perjanjian serantau.

PM China, Li Keqiang (pertama dari kiri) hadir dalam upacara penutupan ASEM ke-10 di Milan.

Menurut pengumuman pengerusi, para hadirin mencapai kata sepakat tentang pengukuhan tiga konsensus utama iaitu dialog politik, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pendidikan dan kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China