Cari:
Pentadbiran Negara Mengikut Undang-undang Fokus Sidang Pleno PKC
2014-10-20 15:32:45 CRI Cetak

Sidang pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing hari ini. Pentadbiran negara mengikut undang-undang yang buat pertama kali menjadi fokus dalam persidangan penting PKC itu, turut menarik perhatian umum.

Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Sejarah Parti, Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC, Xie Chuntao berpendapat, "Seperti yang ditekankan oleh Setiausaha Agung Xi Jinping, usaha penyelesaian masalah perlu diberikan perhatian dalam persidangan parti. Kini, masih terdapat banyak masalah dalam penguatkuasaan undang-undang, contohnya pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat, salah laksana keadilan, malah gejala rasuah dalam bidang kehakiman. Ini menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Pusat PKC memberikan tumpuan kepada hal itu dalam persidangan kali ini."

Dalam Kongres Kebangsaan ke-15 PKC pada tahun 1997, pentadbiran negara mengikut undang-undang julung kalinya digariskan sebagai strategi peringkat negara. Sejak menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping telah kerap kali menekankan peri pentingnya pentadbiran negara mengikut undang-undang bagi rakyat dan negara. Ketika berucap dalam majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Kongres Rakyat Kebangsaan pada bulan lepas, Xi Jinping berkata, "Kita perlu mengintensifkan lagi penggubalan undang-undang bagi memastikan pembangunan negara dan pembaharuan yang penting boleh dilaksanakan menurut undang-undang. Usaha ini perlu dilakukan secara saintifik dan demokratik. Di samping itu, sistem perundangan perlu terus disempurnakan bagi memastikan penggubalan undang-undang selaras dengan Perlembagaan dan hasrat rakyat."

Ketua pengarah Jabatan Penyelidikan Pentadbiran Awam, Akademi Pentadbiran China, Zhu Lijia menyatakan bahawa konsep pentadbiran negara mengikut undang-undang turut menggambarkan pemikiran strategik dan pendekatan untuk mengatasi masalah semasa dalam pembangunan di negara ini. Kata beliau, "Konsep pentadbiran negara mengikut undang-undang yang ditegaskan oleh Xi Jinping ini bukan kata-kata kosong, sebaliknya ia merupakan keputusan strategik yang telah dipertimbangkan sejak sekian lama. Masyarakat kita akan menjadi semakin harmoni sekiranya konsep tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China