Cari:
Barroso: Penarikan Diri Britain dari EU akan Kurangkan Pengaruhnya
2014-10-20 10:56:44 CRI Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso semalam di London menyatakan, penarikan diri Britain dari EU akan mengurangkan pengaruh negara itu. Sekiranya negara itu menarik diri dari EU, hak bersuara Britain dalam urusan Eropah akan menajdi "kosong".

Barroso berkata demikian ketika diwawancara oleh BBC.

Menurutnya, sekiranya melepaskan sokongan EU, Britain akan kehilangan kedudukan sama rata dengan negara-negara besar seperti AS dan China, dalam rundingan kelak.

Pada beberapa tahun lalu, rasa ketidakpuasan rakyat Britain terhadap EU semakin meningkat. Perdana Menteri Britain,David Cameron‎ pernah menyatakan, sekiranya Parti Konservatif pimpinannya memang dalam pilihan raya pada tahun 2015, beliau akan berusaha untuk menggalakkan pungutan suara mengenai penarikan diri Britain dari EU pada tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China