Cari:
32 Anggota Militan IS Ditembak Mati
2014-10-23 15:38:49 CRI Cetak

Menurut pihak tentera Iraq semalam, Pasukan Keselamatan Iraq dan kumpulan bersenjata pelbagai puak berjaya menghalang serangan kumpulan pelampau "Negara Islam" (IS) terhadap pekan Ameriyat al-Fallujah dan menembak mati 32 orang pengganas.

Difahamkan, IS melancarkan serangan besar-besaran terhadap pekan Ameriyat al-Fallujah dari tiga arah, namun dihalang balik oleh Pasukan Keselamatan dan pasukan bersenjata puak Sunnah tempatan. Pada masa yang sama, tentera udara Iraq dan jet pejuang "Persekutuan Antarabangsa" pula mengebom anggota IS dan menyebabkan kumpulan itu berundur, 32 anggotanya ditembak mati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China