Cari:
AS dan RoK Gesa DPRK Kembali ke Rundingan Enam Pihak
2014-10-25 14:51:02 CRI Cetak

Menteri Luar dan Menteri Pertahanan AS dan Republik Korea (RoK) semalam masing-masing menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea kembali ke rundingan enam pihak tentang isu nuklear Semenanjung Korea demi menggalakkan proses semenanung itu bebas daripada nuklear.

Menteri Luar dan Menteri Pertahanan AS dan RoK mengadakan rundingan di Washington semalam. Menurut kenyataan bersama, kedua-dua negara itu berpendapat Semenanjung Korea bebas daripada nuklear membawa makna penting demi keamanan dan keselamatan serantau yang berkekalan. DPRK digesa kembali ke rundingan yang "dipercayai dan bermakna" supaya mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear secara menyeluruh.

Setiausaha Negara AS, John Kerry memberitahu media bahawa AS bersedia untuk berdialog dengan DPRK, namun pihaknya tidak akan mengurangkan penempatan tenteranya di Asia, walaupun DPRK kembali ke rundingan enam pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China