Cari:
Tokoh-Tokoh Asing: Usaha Dorong Pentadbiran Negara Mengikut Undang-undang Bererti Penting kepada Pembangunan China
2014-10-26 15:19:59 CRI Cetak

Persidangan Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China (PKC) berakhir di Beijing pada 23 Oktober lalu. Sidang itu meluluskan "Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC tentang Usaha Mendorong Pentadbiran Negara Mengikut Undang-Undang". Menurut tokoh-tokoh pelbagai negara bahawa keputusan itu bakal memberikan kesan yang penting dan mendalam kepada pembangunan China pada masa depan.

Senator Britain, Charles Powell menyifatkan usaha mendorong pentadbiran negara mengikut undang-undang sebagai kemajuan penting dalam pembangunan perundangan di China. Usaha itu diperlukan dalam menerajui pembaharuan yang menyeluruh di negara ini.

Penyelidik Kanan dari Institusi Brookings, salah sebuah kumpulan pemikir AS, Kenneth Liberthal berkata "pentadbiran mengikut undang-undang" buat pertama kali dijadikan agenda perbincangan utama dalam persidangan pleno Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China. Pengumuman yang dikeluarkan dalam persidangan itu mencerminkan bahawa sistem perundangan negara ini akan menjadi lebih teratur, telus dan jimat.

Pakar undang-undang yang veteran dari Australia, Shen Hanbing pula berpendapat bahawa sistem perundangan China akan disempurnakan dari semasa ke semasa. Perkara ini mempunyai erti yang penting kepada kemakmuran dan kestabilan China pada masa yang akan datang. Maruah undang-undang yang semakin meningkat juga akan menambah keyakinan pelabur asing terhadap pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China