Cari:
Tentera Iraq Kawal Semula Dua Pekan dari IS
2014-10-26 15:22:41 CRI Cetak

Pasukan Keselamatan Iraq dan pasukan puak Kurd menduduki semula dua pekan selepas menewaskan kumpulan "Negara Islam" (IS) semalam.

Menurut seorang sumber berita yang enggan namanya didedahkan dari Pasukan Keselamatan Iraq bahawa pihaknya telah merebut kembali Pekan Jurf al-Sakhr dari tangan kumpulan IS selepas pertempuran sengit selama 6 jam. Pekan itu terletak di tempat 60 kilometer dari selatan Baghdad. Pasukan Keselamatan Iraq mendapat sokongan tentera udara dan seramai 6,000 orang militia puak Syiah dalam pertempuran tersebut.

Menurut sumber berita itu, kumpulan IS telah dihalau keluar dari pekan tersebut. Pasukan Keselamatan sedang menjalankan operasi menghapuskan bom yang dipasang oleh IS di pekan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China