Pihak tentera Iraq semalam mendakwa anggota militan Negara Islam (IS) menahan lapan kakitangan sebuah stesen televisyen di Mosul, wilayah Nineveh, utara negara itu.
Lima kakitangan media ditangkap oleh anggota militan IS di rumah mereka pada awal pagi semalam, manakala tiga yang lain ditahan pada Jumaat lalu.
Antara lapan orang yang ditangkap termasuk empat orang wartawan, seorang jurugambar, dua orang juruteknik dan seorang pegawai pentadbiran. Mereka bekerja untuk saluran TV satelit Sama Mosul.