Menurut laporan akhbar Daily Mail Britain, Katy White, seorang gadis Welsh berumur 12 tahun mempunyai rambut perang muda yang sepanjang lebih satu meter, iaitu separas lutut gadis setinggi 1.5 meter ini. Sejak lahir, dia hanya pernah menggunting rambutnya tiga kali. Rambutnya memerlukan masa satu jam untuk dicuci dan satu jam untuk dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut.