Cari:
Antirasuah Fokus Pemindaan Undang-undang Jenayah China
2014-10-28 13:33:13 CRI Cetak

Sidang ke-11 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-12 sedang membahas pindaan undang-undang jenayah negara ini. Pemindaan tersebut yang bakal menetapkan hukuman yang lebih berat bagi jenayah rasuah, merupakan respons kepada perhatian masyarakat China terhadap perjuangan membanteras rasuah pada masa ini. Draf pindaan yang sedang dibahas itu merancang tidak lagi menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan jumlah rasuah yang diterima oleh pesalah, tetapi juga impak jenayah mereka terhadap masyarakat. Pemberi rasuah pula akan dikenakan hukuman yang lebih berat.

Menurut undang-undang jenayah yang sedang berkuatkuasa, hukuman bagi jenayah rasuah dibahagikan kepada empat kategori menurut jumlah rasuah yang diterima, iaitu tidak sampai RMB 5 ribu, RMB 5 ribu hingga RMB 50 ribu, RMB 50 ribu hingga RMB 100 ribu, dan RMB 100 ribu ke atas. Draf yang diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap NPC kali ini merancang meminda standard tersebut agar lebih mengutamakan kesan jenayah berkenaan terhadap masyarakat.

Ketua Suruhanjaya Hal-Ehwal Perundangan Jawatankuasa Tetap NPC, Li Shishi dalam laporannya kepada NPC menjelaskan bahawa, pindaan kali ini merancang untuk tidak lagi menghukum pesalah rasuah semata-mata menurut jumlah rasuah. Menurut draf tersebut, tiga jenis hukuman akan dijatuhkan menurut tahap keseriusan jenayah, iaitu jumlah rasuah besar atau keadaan serius, jumlah rasuah amat besar atau keadaan serius, dan jumlah rasuah terlalu besar atau keadaan amat serius. Hukuman mati akan dijatuhkan kepada penerima rasuah yang terlalu besar dan mendatangkan kerugian amat besar kepada kepentingan negara dan rakyat.

Sekarang, penerima rasuah biasanya dijatuhi hukuman yang lebih berat berbanding pemberi rasuah, ini menimbulkan perdebatan dalam masyarakat. Menurut undang-undang jenayah sekarang, hukuman bagi pesalah rasuah yang mengaku bersalah sebelum didakwa boleh dikurangkan atau dibatalkan. Manakala, menurut draf pindaan kali ini, hukuman terhadap pemberi rasuah hanya boleh dibatalkan sekiranya jenayah mereka lebih ringan, dan mereka memainkan peranan penting dalam mendedahkan maklumat bagi membongkar kes jenayah besar. Serentak itu, draf tersebut juga mengkategorikan tindakan penjawat awam memberi kepentingan secara haram kepada saudara mara dekat sebagai jenayah rasuah.

Selain itu, draf pindaan tersebut memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan larangan terhadap mereka yang mempergunakan kemudahan pekerjaan untuk melakukan jenayah daripada bekerja dalam bidang berkenaan untuk tempoh lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China