Cari:
DPRK Digesa Beri Respons Rundingan Peringkat Tinggi
2014-10-29 12:51:13 CRI Cetak

Kerajaan Republik Korea (RoK) menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memberikan respons terhadap cadangan RoK bagi mengadakan rundingan peringkat tinggi ke-2 pada 30 Oktober, selawat-lewatnya pada 29 Oktober ini.

Menurut Kementerian Penyatuan RoK, pihaknya telah mengemukakan cadangan pada 11 Ogos dan 13 Oktober untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi dengan DPRK, namun DPRK menunjukkan sikap yang tidak jelas dengan pelbagai alasan. Sikap DPRK dalam perkara itu dianggap tidak bertanggungjawab, dan tidak berfaedah bagi hubungan antara kedua-dua negara. DPRK tidak seharusnya mengejar matlamat yang lain dengan mengeksploitasi dialog dua hala, dan perlu menunjukkan keikhlasannya dalam hal itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China