Cari:
Obama Ikrar Tingkat Kerjasama dengan Brazil
2014-10-29 15:28:55 CRI Cetak

Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan tahniah kepada Dilma Rousseff yang dipilih semula sebagai Presiden Brazil, sambil menegaskan komitmen pihak AS untuk memperdalam kerjasama dengan Brazil dalam bidang ekonomi dan sumber tenaga.

Dalam perbincangan menerusi telefon dengan Rousseff semalam, Obama menekankan "nilai strategik" perkongsian dua hala. Menurut analisis pihak media, tindakan Obama itu bertujuan memulihkan hubungan dengan Brazil yang menghadapi kebuntuan akibat skandal pengintipan AS.

Rousseff dalam perbincangan itu pula berkata bahawa kerjasama dengan AS antara "usaha yang diutamakan" bagi Brazil.

Hubungan antara kedua-dua negara tergendala selepas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden mendedahkan NSA mengintip panggilan telefon beberapa pemimpin negara asing, termasuk Presiden Rousseff pada tahun lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China