Cari:
Ebola: Bantuan China Dihargai
2014-10-29 15:30:42 CRI Cetak

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi hal-ehwal kemanusian, Valerie Amos menyampaikan penghargaan terhadap China atas bantuan negara ini dalam usaha menangani wabak Ebola.

Dalam temu bual bersama wartawan baru-baru ini, beliau berkata, China telah menghantar pasukan perubatan, di samping menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan untuk membantu negara Afrika mencegah penularan wabak Ebola.

Sejak wabak Ebola mula merebak di beberapa negara Afrika Barat termasuk Leberia, Guinea dan Sierra Leone pada bulan Mac lalu, China memberi bantuan yang semampu boleh, dan aktif mengambil bahagian dalam kerjasama antarabangsa untuk memerangi Ebola. Pada 24 Oktober lalu, Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa China akan menyediakan bantuan pusingan ke-4 kepada negara-negara Afrika Barat untuk menangani Ebola.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China