Cari:
Negara Islam Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dengan Negara Lain
2014-10-31 13:03:06 CRI Cetak

Forum Ekonomi Islam Dunia ke-10 berakhir di Dubai semalam. Dalam tempoh tiga hari lalu, seramai lebih 3,200 tetamu termasuk pemimpin lapan buah negara, 12 orang menteri serta tokoh-tokoh kalangan perdagangan sejagat menyertai forum itu.

Para peserta dari lebih 100 buah negara telah berbincang mengenai aspek kewangan, pendidikan, industri, hak dan kepentingan wanita dunia Islam, di samping usahawan dari pelbagai negara mengambil kesempatan ini untuk mencari peluang perniagaan. Serentak itu, semakin banyak negara bukan Islam telah meningkatkan kerjasama ekonomi dengan dunia Islam melalui forum kali ini.

Dalam ucapan yang disampaikan dalam majlis penutupan forum itu, Setiausaha Agung Tabung Forum Ekonomi Islam Dunia, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak telah menjelaskan persepakatan yang dicapai dalam forum kali ini. Pertama, dalam isu perkembangan agama, Forum Ekonomi Islam Dunia dan Bank Pembangunan Islam akan menubuhkan kumpulan kerja antarabangsa yang komited kepada pengumpulan dan pengurusan maklumat. Kedua, terus menggalakkan pembangunan kewangan Islam serta pertumbuhan ekonomi perkhidmatan dan kedinamikan ekonomi. Ketiga, terus menjalankan pertukaran lawatan dan memperhebat perbincangan mengenai perkembangan industri halal sejagat. Keempat, menyediakan wahana kepada inovasi sains dan teknnologi serta pendidikan. Dan kelima, memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan wanita dan belia.

Forum Ekonomi Dunia diadakan di Dubai dengan jayanya, dan Dubai sebagai pusat ekonomi dunia Islam turut meninggal kesan yang mendalam kepada orang ramai. Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Dubai, Abdul Rahman Saif Al Ghuair menyatakan bahawa penubuhan lebih banyak pusat ekonomi penting bagi perkembangan menyeluruh ekonomi Islam. Katanya, "Saya mesti menegaskan bahawa pembangunan ekonomi Islam memerlukan dana yang besar dan lebih banyak pusat ekonomi. Dengan demikian, ekonomi Islam barulah dapat terus berkembang. Matlamat kami adalah berkembang bersama-sama dengan pusat ekonomi sedunia."

Menurut Abdul Rahman, forum kali ini telah mencipta banyak peluang kerjasama antara negara Islam dengan negara bukan Islam. Beliau menganggap walaupun forum ini telah berakhir, tetapi ia membuka lembaran baharu bagi kerjasama antara negara Islam dengan negara lain.

Forum kali ini yang dianjurkan bersama oleh Tabung Forum Ekonomi Islam Dunia yang beribu pejabat di Malaysia dan Dewan Perdagangan dan Industri Dubai, menarik perhatian semakin banyak negara bukan Islam di dunia. Menurut maklumat berkenaan, Republik Korea, Jepun dan Sepanyol akan mengadakan sidang meja bulat mengenai isu-isu berkenaan di bawah Forum Ekonomi Islam Dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China