Cari:
Juncker Ikrar Bawa EU ke Era Baharu
2014-11-02 16:31:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden baharu Suruhanjaya Eropah yang juga mantan Perdana Menteri Luxembourg, Jean-Claude Juncker komited menangani cabaran yang dihadapi Kesatuan Eropah (EU) dalam bidang ekonomi, diplomatik dan hal-ehwal dalaman dalam tempoh lima tahun akan datang.

Juncker berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh perkhidmatannya. Pemulihan ekomomi EU masih kurang kukuh selepas terkena impak krisis kewangan global dan krisis hutang Eropah. Sementara itu, krisis di Ukraine kini masih sukar ditangani, dan hubungan antara EU dengan Rusia berada pada tahap paling teruk selepas Perang Dingin. Dalam hal-ehwal dalaman pula, warga negara-negara EU makin hilang keyakinan terhadap institusi EU.

Juncker berkata, tindakan berkesan perlu diambil dengan segera untuk menangani cabaran tersebut. Beliau berikrar akan membawa EU ke era baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China