Cari:
Rundingan Pusingan Baharu Isu Nuklear Iran Bakal Diadakan di Oman
2014-11-03 13:55:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan pusingan baharu mengenai isu nuklear Iran yang disertai oleh Iran dengan enam kuasa dunia berhubung isu nuklear Iran, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman akan diadakan di Muscat, ibu negara Oman pada 11 November nanti. Rundingan kali ini akan memfokuskan kepada program pengayaan uranium Iran dan sekatan berkenaan ke atas negara itu.

Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata, Menteri Luar Iran, Javad Zarif, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Wakil Kanan Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab terhadap dasar luar dan keselamatan, Catherine Ashton akan mengadakan rundingan pada 9 hingga 10 November nanti sebelum memulakan rundingan pusingan baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China