Cari:
Sidang Peringkat Menteri APEC Berakhir
2014-11-08 18:03:16 CRI Cetak

Sidang Peringkat Menter Ke-26 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengeluarkan kenyataan bersama sebelum berakhir di Beijing hari ini.

Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng memaklumkan hasil sidang berkenaan kepada wartawan dalam sidang media petang tadi.

Wang Yi berkata, para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai topik "membina hubungan rakan Asia Pasifik ke masa depan" dan mencapai konsensus yang penting. Pelbagai pihak berpendapat bahawa APEC harus memainkan peranan pimpinan dan penyelarasan yang lebih besar bagi mendorong kerjasama ekonomi dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Gao Hucheng berkata, sidang kali ini telah mencapai persepakatan tentang Peta Garisan Beijing mengenai APEC Menggalakkan Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik. Peta garisan itu akan diserahkan kepada Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin APEC untuk diluluskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China